Score A programme

HOME e-TUITION

ANDA BIMBANG DENGAN PRESTASI AKADEMIK ANAK-ANAK ANDA?
SUDAHKAH MEREKA CUKUP BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN?
Kami Menyediakan Satu Program Pendidikan yang…Lebih MURAH, JIMAT, INTERAKTIF & BERKESAN…!

Pengenalan

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-
-Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
-Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
-Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
-Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
-Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

Masalah Ibu bapa:-
-Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
-Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
-Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
-Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
-Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
-Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
-Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
-Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.

Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.

Tuesday, December 29, 2009

Contoh latihan Score A
























No comments:

Post a Comment